Welcome to My Blog^^

Tuesday, July 12, 2011

Penggunaan Sistem Nombor

Oleh krn Hangul mempunyai 2 sistem nombor, penggunaannya juga bergantung kpd keadaan, bilakah Korea Asli digunakan & bila pula Sino-Korea digunakan. Dlm Korea Asli, sekiranya nombor tersebut diikuti dgn classifier selepasnya (spt perkataan ‘pukul’ ketika memberitahu waktu), nombor berakhir dgn digit 1-4 & nombor 20 berubah spt berikut:
하나   menjadi  
      menjadi  
      menjadi  
넷      menjadi  
스문   menjadi   스무
Korea Asli byk digunakan utk membilang sesuatu benda, tetapi digabungkan dgn ‘classifier’ seperti개 gae (classifier paling biasa digunakan), 명 myeong (untuk orang), and 병 byeong (untuk botol). Ia juga digunakan untuk menyukat masa (menggunakan 시 shi " pukul") dan umur (menggunakan 살 sal "tahun"). Banyak classifier digunakan untuk kata nama (noun) berlainan. Contoh:
다섯 명 5 orang
소주 두 병 2 botol Soju
세 시 Pukul 3
스무 살 20 tahun
Sino-Korea yg dipinjam drpd huruf Cina biasanya digunakan utk menyatakan tahun, bulan, hari, minit, mata wang & no. tel.

*Uniknya, sistem nombor Korea menggunakan Korea Asli utk menyatakan jam, tapi menggunakan Sino-Korea utk minit. Perkara ini akan dibincangkan dgn lebih lanjut dlm topik Masa nnt.

Peraturan umum:
Segala yg berkaitan dgn kalendar, spt bulan, hari & tahun adalah dlm nombor Sino-Korea. Apa saja yg berkaitan dgn objek, spt haiwan, manusia, perabot menggunakan Korea Asli. Ini bermakna, tiada jalan lain melainkan menghafal bilakah sistem nombor tersebut digunakan.

No comments:

Post a Comment